Thursday 18 August 2011

Adat perkahwinan Masyarakat Orang Asli


a.      Perkahwinan melalui pertunangan

Perkahwinan cara ini dianggap sempurna tetapi ia melibatkan tatacara yang rumit. Ia bermula dengan merisik kemudian diikuti dengan meminang dan akhirnya majlis perkahwinan. Ia digambarkan melalui perbilangan berikut :-

            Orang berhenak betanda baik
            Orang bertanyak dengan suarak
            Orang bertunang bersarung cincin
            Orang bernikah berbayar ada

i.                    Merisik

Sekiranya lelaki dan perempuan menunjukkan minat di antara satu sama lain, si lelaki akan memberitahu keluarganya. Kemudian, ibu bapa lelaki tersebut akan mencari ibu bapa perempuan (atau waris kedim) untuk merisik gadis tersebut. Tujuan merisik adalah untuk menyiasat sama ada gadis yang dihajati itu sudah bersuami ataupun belum. Setelah yakin gadis tersebut belum dipunyai dan dia bersetuju menerima si lelaki, maka ibu bapa kedua-dua belah pihak berbincang untuk menetapkan tarikh pertunangan.

ii.                  Bertunang

Apabila sampai hari pertunangan, pihak lelaki akan menyediakan “barang ganda” atau hantaran. Di antara barang ganda yang perlu disediakan oleh pihak lelaki adalah barangan keperluan wanita dari hujung rambut hingga ke hujung kaki seperti sepit rambut, minyak rambut, sikat, alat solek (bedak, minyak wangi, pewarna kuku), pengetip kuku, cermin muka, benang, jarum, gunting, kain ela, kasut, duit dan banyak lagi. Pihak perempuan pula akan membalas dengan tikar dan bantal. Jika adik berkahwin dulu dari kakak (langkah bendul), si kakak berhak mendapatkan ‘hantaran' sebagaimana yang diterima oleh adiknya.

iii.                Pernikahan

Kal dibuat, janji dilaboh
Janji baru ditangguhkan
Janji lamak ditetapkan
Janji sampai digadohkan

Apabila sampai tarikh perkahwinan (pernikahan), ibu bapa akan mencari saudara mara, waris kedim sebelah mak. Kesemuanya dijemput dengan bujam penjemput dan bujam penerang. Perbilangannya berbunyi :-

      Cicir nak dipungit, hilang nak dicari
      Yang jauh nak dilaung, yang dekat nak dirapat
      Yang jauh nak mencari waris, yang dekat nak mencari pakat


iv.                Malam Berkhenak (berinai)

Pada malam berkhenak (berinai), ibu bapa perempuan akan menuntut Adat Nikah dari ibu bapa sebelah lelaki dengan disaksikan oleh Lembaga Adat. Pada malam itu juga, akan diadakan pemberian barang langkah bendul jika si adik berkahwin dahulu daripada kakaknya.
     
      Orang bersalin berbayar bidan
      Orang matik berbayar sedekah
      Orang bertunang berasrung cincin
      Orang nikah berbayar adat


Adat nikah yang telah ditetapkan oleh Lembaga Adat ialah :-

·         Sirih Sebujam (mengandungi daun sirih, pinang, kapur, gambir, daun rokok, tembakau, mancis atau pemetik api) – Adat 20
·         Duit RM14 (anak buah pusako), RM7.30 (anak buah biasa)
·         Kain putih panjang 10 (10 kaki atau tiga meter)


vii.              Adat Menyalang (Sambut Menantu)

Selang seminggu dari hari pernikahan, pasangan suami isteri bersama kaum keluarga pengantin perempuan akan pergi ke rumah atau kampung suami. Biasanya akan diadakan majlis makan secara kecil-kecilan bagi memperkenalkan si isteri kepada saudara mara sebelah pengantin lelaki.


b.      Nikah Tangkap Basah ( atau Aduk-Asah)

Cara pernikahan tangkap basah pada asalnya dikenali sebagai 'Nikah Aduk Basah'. Aduk bermaksud memberitahu, seperti yang terdapat di dalam perbilangan adat, “tangkap tamat, aduk asah kepada tuhak-tuhak”.

Monday 8 August 2011

Alat-Alat Muzik Orang Asli

         



-      
Rebak /Rebab








-       Tempurung disalut dengan kulit ikan buntal
-       Kategori alat kordofon
-       Upacara keramaian masyarakat semelai.

Centong Buluh







-       Kategori alat idiofon
-       Dimainkan oelh kaum wanita dalam upacara sewang
-       Dua buluh yang berlainan saiz
-       Centung diketuk pada satu kayu besar

Biola






-       Alat kordofon
-       Dimainkan oleh kaum melayu asli dan senoi
-       Biola diperbuat daripada pokok nangka

Gong



-       Kategori alat idiofon
-       Dimainkan oleh kaum senoi dan melayu asli



Kayu Tuntung


-       Alat Idiofon
-       Dimain secara menegak


Rebana dan Gendang Semarang


-       Alat membranofon
-       Dimainkan oleh kaum Senoi dan Melayu asli



Tambur / Pemukul


-       Kategori alat membranofon
-       Menggunakan pemukul


Pensol atau Seruling Hidung



-       Kategori alat aerofon
-       Dimainkan oleh kaum senoi
-       Dimain menggunakan hidung dimana si pemain akan menyumbatkan sebelah hidungnya dengan daun ataupun secebis kain,manakala yang lagi sebelahnya digunakan untuk meniup pensol.


Seruling/Penyong/scoi


-       Kategori alat aerofon
-       Dimain dengan menggunakan mulut
-       Dimainkan oleh kaum lelaki sahaja

Adat Dan Budaya Masyarakat Orang Asli

                 

ADAT DAN BUDAYA ORANG ASLI ( SIRI 3 )

KAUM TEMIAR
1. PENGENALAN

Pemilihan penempatan suku Bangsa Temiar di sesuatu tempat ditentukan oleh penghulu. Ini dilakukan dengan cara 'berhalaq(jampi) atau mimipi. Tempat yang hendak didiami jauh dari tanah perkuburan, bebas daripada adanya kayu keras seperti "merbau" dan sebagainya. Mereka juga tidak membuat penempatan di kawasan berpaya(takungan air) kerana ditakuti berpenunggu. Begitu juga kawasan air terjun dan sungai besar juga tidak sesuai kerana ditakuti ada puteri sungai/lata yang akan mengganggu. Mereka membina rumah daripada kayu (selain daripada kayu jenis keras) secara bergotong-royong. Di peringkat awal penempatan, mereka membina rumah panjang. Setelah beberapa lama tinggal di rumah panjang itu, barulah mereka berpindah dengan keluarga masing-masing dan membina rumah sendiri. Mereka menyara keluarga dengan bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuh-tumbuh hutan.


2. SOSIO-BUDAYA

2.1 PERLANTIKAN

Jawatan Penghulu diwarisi mengikut keturunan. Penghulu biasa mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan pemilihannya dibuat melalui mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Kampung(JKKK).


2.2 KUASA PENGHULU

Kuasa Penghulu terikat dengan adat resam dan pantang larang suku kaumnya. Beliau berkuasa mengarahkan anak-anak buahnya untuk bergotong-royong menjalankan aktiviti kampung serta merestui perkahwinan. Beliau juga bermain peranan sebagai hakim, penasihat dan penghubung dengan masyarakat dengan agensi luar. Penghulu juga mempunyai kebolehan sebagai bomoh tradisional(Halaq). Perpecahan kuasa Penghulu boleh berlaku sekiranya ada di antara keluarga yang tidak bersetuju dengan kepimpinannya. Kuasa Penghulu juga akan gugur jika beliau mengasingkan diri dengan berpindah ke pertempatan baru.

Tuesday 2 August 2011

sewang



masyarakat orang asli

Masyarakat Orang Asli
Masyarakat orang asli juga tergolong di dalam kategori kumpulan sasar utama penerima bantuan IRM. Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti penduduk pri bumi di Malaysia.
Masyarakat Orang Asli terdiri daripada beberapa suku kaum yang berbeza-beza.
Akibat dari kepelbagaian suku kaum ini, maka terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup, pertuturan bahasa yang digunakan, kebudayaan dan adat resam.
Rata-rata komuniti orang asli lebih selesa memegang tradisi dan memilih cara hidup yang diamalkan oleh nenek moyang mereka. Disebabkan itu, sebilangan besar masyarakat orang menghadapi kesukaran untuk menerima perubahan dan arus kemodenan.
Meskipun berbagai usaha telah dijalankan bagi meningkatkan taraf hidup golongan ini, kesukaran untuk menerima kemodenan menjadikan mereka hidup di dalam kesempitan tanpa pekerjaan yang tetap. Lokasi tempat tinggal masyarakat ini juga menyukarkan golongan ini untuk menikmati kemudahan infrastruktur seperti kemudahan kesihatan dan pengangkutan awam.
Antara program-program yang dijalankan bagi kumpulan ini adalah program bekalan bantuan makanan asasi, bantuan perubatan dan jumpa program bantuan sempena musim perayaan.