Tuesday 21 June 2011

masyarakat orang asli

1.0 PENGENALAN
Ramai di antara kita yang tidak mengenali kaum orang Asli di Malaysia, jauh sekali mengambil tahu tentang kewujudan mereka serta memahami penggabungan mereka dengan masyarakat Malaysia secara amnya. Justeru itu, bertitik tolak kepada ingin mengenali dengan lebih dekat lagi, maka kami membangunkan blog ini yang diberi nama Portal Permata Orang Asli untuk memudahkan masyarakat mengenali dengan lebih dekat lagi tentang tamadun dan masyarakat orang asli. Selain itu juga, Blog ini di bangunkan adalah sebagai salah satu tugasan kami bagi Subjek UHR1012 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Universiti Malaysia Pahang
2.0 OBJEKTIF BLOG PERMATA ORANG ASLI
- Mendedahkan kepada Mahasiswa tentang Tamadun Masyarakat Orang Asli dan sumbangannya kepada Negara kita
- Melahir kesedaran kepada kita bahawa Masyarakat Orang Asli adalah masyarakat yang begitu unik dan kaya dengan keasliannya.
- Melahirkan mahasiswa yang dapat menyumbangkan ilmu kepada masyarakat orang asli di mana masyarakat ini antara masyarakat yang miskin.
- Dengan mengetahui tamadun masyarakat orang asli dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahirm sesama kita.

~ORANG ASLI~


Terdapat kira-kira 140,000 Orang Asli di Malaysia, kebanyakannya bertumpu di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti kecil di Malaysia dan adalah penduduk pri bumi negara ini. Orang Asli merupakan masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza. Secara rasminya masyarakat Orang asli dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Suku Senoi dan Negrito pula diklasifikasikan kepada enam suku kecil. Suku Melayu Asli dipecahkan kepada tujuh suku kecil.

Oleh kerana terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Orang Asli, maka terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan. Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Adat resam berikut akan memperlihatkan adat resam yang diamalkan di kalangan masyarakat Orang Asli secara keseluruhan.

Monday, March 23, 2009


TAMADUN MASYARAKAT ORANG ASLI



SIAPA ORANG ASLI

Takrif Orang Asli:

Dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, mana-mana bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki orang itu;

Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Ora
ng Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dah ialah ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli atau;

Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bah
awa anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada masyarakat Orang Asli;

Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli oleh kerana dia telah memeluk mana-mana agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi dia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli atau bercakap bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi Orang Asli se
mata-mata oleh sebab dia mengamalkan agama itu. FAKTA SEJARAH

Menurut para pengkaji sejarah, kepulauan Melayu telah mula diduduki oleh manusia yang dipanggil Austronesian atau Malayo-Polynesia sekitar 5,000 tahun dahulu. Mereka ini dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan. Penghijrahan mereka ke selatan adalah secara ’sporadic’, ’irregular’ dan ’incremental’. Bermula dari Filipina menganjur ke pulau-pulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah besar Asia, pulau-pulau Pasifik dan Madagascar.

Majoriti Orang Asli di Malaysia (termasuk kaum Bumiputera) yang menghuni kawasan Indo-Malaya sekarang ini adalah keturunan daripada manusia Austranesian awal ini. Hasil daripada Banci Penduduk JHEOA 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaysia ketika ini ialah seramai 149,723 orang. Mereka terbahagi kepada tiga Kaum utama iaitu, Melayu Proto (Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa



KAUM MELAYU PROTO


Orang Proto-Malay tinggal berjiran dengan Orang Melayu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Adat resam dan kebudayaan mereka boleh dikatakan ada persamaan tertentu dengan orang melayu. Kebanyakkan perkampongan mereka kini terletak di dalam kawasan bandar dan pinggir. 6 suku kaum di dalam rumpun bangsa Melayu-Proto ialah Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Seletar.
A. Kuala
Orang Kuala di percayai berasal dari kepulauan Riau-Lingga dan kawasan yang berhampiran dengan pantai Sumatera, Indonesia. Mereka ini kebanyakannya tinggal menetap di kuala-kuala sungai di pesisiran pantai selatan negeri Johor. Kini Orang Kuala tinggal menetap di daerah Batu Pahat dan di daerah Pontian. Terdapat 315 keluarga Orang Kuala di daerah Batu Pahat dari 5 buah kampung yang berjumlah 1309 orang dan 4 buah kampung yang berjumlah 214 keluarga yang berjumlah seramai 1018 orang di daerah Pontian.
B. Kanaq
Orang Kanaq terdapat di kawasan pinggir di kampung Selangi, Mawai daerah Kota Tinggi Johor merupakan suku kaum yang terkecil bilangannya iaitu 17 keluarga seramai 65 orang. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Kanaq tinggal menetap di kampung Selangi.
C. Seletar
Orang Seletar atau "Sea Gypsies" merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai dan laut yang tinggal dalam perahu, di pulau, persisiran pantai, dan kuala sungai. Kawasan utama petempatan mereka ialah di persisiran pantai Selatan Johor dan utara Singapura.
Secara tradisinya, mereka bergantung kepada hasil laut. Keadaan ini menyebabkan mereka hidup berpindah-randah. Walau bagaimanapun perubahan dalam sosio-ekonomi telah merubah cara hidup mereka. Kini mereka tinggal menetap di kawasan petempatan yang lebih teratur dan tersusun di Persisiran Pantai Selat Johor. Mereka juga menangkap ikan menggunakan peralatan moden. Ada di antara mereka yang bekerja di kilang perindustrian.Mereka mengamalkan animisme dan ada di antara mereka yang telah menganut Agama Islam.
D. Jakun
Bangsa Jakun (Orang Ulu), daripada suku kaum Melayu Asli (Melayu Proto) yang tinggal di selatan Semenanjung, berasal dari Yunan (Selatan Cina). Mereka masih mengamalkan animisme. Kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka percaya kampung mereka akan dilanda bencana sekiranya ada di antara mereka yang melanggar pantang larang.
E. Semelai
'Semelai' adalah salah satu Suku Kaum Orang Asli dari suku bangsa Melayu Asli (Proto Malay). Taburan petempatan Orang Asli Semelai terdapat di Pahang Tengah seperti di Tasik Bera, Sg. Bera, Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak serta di sempadan Pahang menghala ke Negeri Sembilan seperti di Sg. Serting, Sg. Lui dan Ulu Muar. Dari segi rupa dan bentuk fizikal Orang Asli tidak banyak bezanya dengan Orang Melayu.
F. Temuan
Orang Asli Temuan adalah dari kumpulan Melayu Asli (Proto Malay). Mereka tinggal di Selangor, Melaka, Pahang, Daerah Muar, Johor dan Negeri Sembilan. Suku Bangsa Temuan di Negeri Sembilan mengamalkan Adat Pepatih dan tidak banyak bezanya daripada adat Suku Bangsa Temuan di negeri lain.

masyarakat orang asli

masyarakat orang asli amnya kaum semelai