Monday 5 September 2011

Adat Kematian Kaum Asli Temuan


      Adat Kematian
Istilah lain yang selalu digunakan untuk memberitahu berita kematian ialah “dah lalu” ataupun “dah dhuluk”. Orang kampung akan berkumpul di rumah si mati. Orang lelaki akan menggali kubur. Terdapat beberapa amalan berkaitan dengan kematian iaitu :-

i.                    Semasa menunggu jenazah di rumah
·         Pasang pelita di kiri dan kanan mayat
·         Jari tangan si mati akan dipancak silang dan diletakkan di atas dada
·         Kepala mayat diletakkan ke arah matahari mati
·         Jika si mati adalah Lembaga Adat, ia akan ditutup dengan kain hitam
·         Mayat mesti dijaga rapi supaya tidak dilangkah oleh kucing kerana dipercayai akan menjadi hantu

ii.                  Mengusung jenazah
·         Sekiranya orang lain, selain warisnya yang mengusung jenazah, mereka perlu dibayar. Nilai bagi sebelah kepala RM7.00; begitu juga bahagian kaki RM7.00 ataupun boleh juga diberikan lembing untuk bahagian kak dan keris untuk bahagian kepala.
·         Sekiranya Lembaga Adat, keranda perlu ditutup dengan kain hitam dan dipayungkan dengan payung hitam. Ketia hendak keluar dari rumah, tiga das tembakan senapang atau meriam dilepaskan

iii.                Semasa di kubur

Sebungkah tanah terbalik
Sehelai akar putus
Sebatang kayuk rebah
Usul pulang ke asal
Asal tanah pulang ke tanah
           
Lembaga Adat mengambil tanah satu mata cangkul di tengah empat segi ukuran kubur (tanah badan)
·         Kalau perempuan atau lelaki yang belum berkahwin akan diletakkan batang pisang
·         Kalau budak kecil pula akan diletakkan jantung pisang sebagai ganti botol susu
·         Mayat akan dimandikan dengan batang pisang, biar sejuk
·         Di tapak tangan mayat dicalitkan dengan tanda ‘x’ menunjukkan penghabisan hidup
·         Dikapankan dengan lain berwarna putih
·         Buat ‘perengi’ atau ancak tempat bagi makan roh si mati

iv.                Keadaan kubur
·         Kalau perempuan menyereng dan buat bilik. Mayat akan diletakkan di dalam bilik
·         Kepala diletakkan ke arah matahari mati
·         Kalau lelaki mayatnya akan diletakkan secara telajuk
·         Ukuran kubur : dalam 7 kaki, lebar 3 kaki dan panjang mengikut saiz mayat
·         Disusun di atasnya denga tujuh batang kayu
·         Di atas kubur akan diletakkan dengan tiang dakak(batu nisan)
·         Tanah badan diletakkan semula ketika kubur disimen pada hari ketujuh

v.                  Sebelum meninggalkan kubur
·         Beri makan roh si mati dan kemiyan akan dibakar
·         Bunyikan loceng 7 kali atau hentak kaki 7 kali dan sebut nama si mati, suruh roh si mati bangun makan. (bagi makan 3 kali – hari ke 3, hari ke 7 dan hari ke 100)
·         Semasa di dalam perjalanan pulang ada orang yang akan taburkan beras basuh (tepung tawar) supaya hantu tak ikut balik
·         Pihak keluarga si mati akan membasuh tangan orang yang pergi ke kubur dengan isi limau, beras dan daun serai. Air akan disembur menggunakan daun serai meghilir sungai. Tujuannya ialah untuk membayar hutang kemalik.

masyarakat orang asli semelai


Orang Semelai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Semelai)
Suku Semelai merupakan orang asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di
 Negeri SembilanPahang.
Suku Selelai terbahagi kepada dua bahagian yang utama, iaitu:-


Muzik kaum Semelai

Muzik kaum Semelai diwarisi daripada generasi terdahulu tetapi diubah sedikit
 muzik dan lagunya mengikut kesesuaian zaman. Terdapat dua instrumen bagi
 muzik ini iaitu rebana dan gong (gong jantan dan gong betina).
 Muzik ini dimainkan di balai ketika kenduri-kendara, majlisperkahwinan,
 berkhatan dan keramaian untuk tujuan berhibur. Muzik akan dimainkan
 diiringi lagu-lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Semelai. Terdapat juga
 tarian tetapi dilakukan dengan bersyarat dan ada peraturan yang tertentu.
 Muzik kaum ini juga digunakan untuk tujuan perubatan.


  

Thursday 18 August 2011

Adat perkahwinan Masyarakat Orang Asli


a.      Perkahwinan melalui pertunangan

Perkahwinan cara ini dianggap sempurna tetapi ia melibatkan tatacara yang rumit. Ia bermula dengan merisik kemudian diikuti dengan meminang dan akhirnya majlis perkahwinan. Ia digambarkan melalui perbilangan berikut :-

            Orang berhenak betanda baik
            Orang bertanyak dengan suarak
            Orang bertunang bersarung cincin
            Orang bernikah berbayar ada

i.                    Merisik

Sekiranya lelaki dan perempuan menunjukkan minat di antara satu sama lain, si lelaki akan memberitahu keluarganya. Kemudian, ibu bapa lelaki tersebut akan mencari ibu bapa perempuan (atau waris kedim) untuk merisik gadis tersebut. Tujuan merisik adalah untuk menyiasat sama ada gadis yang dihajati itu sudah bersuami ataupun belum. Setelah yakin gadis tersebut belum dipunyai dan dia bersetuju menerima si lelaki, maka ibu bapa kedua-dua belah pihak berbincang untuk menetapkan tarikh pertunangan.

ii.                  Bertunang

Apabila sampai hari pertunangan, pihak lelaki akan menyediakan “barang ganda” atau hantaran. Di antara barang ganda yang perlu disediakan oleh pihak lelaki adalah barangan keperluan wanita dari hujung rambut hingga ke hujung kaki seperti sepit rambut, minyak rambut, sikat, alat solek (bedak, minyak wangi, pewarna kuku), pengetip kuku, cermin muka, benang, jarum, gunting, kain ela, kasut, duit dan banyak lagi. Pihak perempuan pula akan membalas dengan tikar dan bantal. Jika adik berkahwin dulu dari kakak (langkah bendul), si kakak berhak mendapatkan ‘hantaran' sebagaimana yang diterima oleh adiknya.

iii.                Pernikahan

Kal dibuat, janji dilaboh
Janji baru ditangguhkan
Janji lamak ditetapkan
Janji sampai digadohkan

Apabila sampai tarikh perkahwinan (pernikahan), ibu bapa akan mencari saudara mara, waris kedim sebelah mak. Kesemuanya dijemput dengan bujam penjemput dan bujam penerang. Perbilangannya berbunyi :-

      Cicir nak dipungit, hilang nak dicari
      Yang jauh nak dilaung, yang dekat nak dirapat
      Yang jauh nak mencari waris, yang dekat nak mencari pakat


iv.                Malam Berkhenak (berinai)

Pada malam berkhenak (berinai), ibu bapa perempuan akan menuntut Adat Nikah dari ibu bapa sebelah lelaki dengan disaksikan oleh Lembaga Adat. Pada malam itu juga, akan diadakan pemberian barang langkah bendul jika si adik berkahwin dahulu daripada kakaknya.
     
      Orang bersalin berbayar bidan
      Orang matik berbayar sedekah
      Orang bertunang berasrung cincin
      Orang nikah berbayar adat


Adat nikah yang telah ditetapkan oleh Lembaga Adat ialah :-

·         Sirih Sebujam (mengandungi daun sirih, pinang, kapur, gambir, daun rokok, tembakau, mancis atau pemetik api) – Adat 20
·         Duit RM14 (anak buah pusako), RM7.30 (anak buah biasa)
·         Kain putih panjang 10 (10 kaki atau tiga meter)


vii.              Adat Menyalang (Sambut Menantu)

Selang seminggu dari hari pernikahan, pasangan suami isteri bersama kaum keluarga pengantin perempuan akan pergi ke rumah atau kampung suami. Biasanya akan diadakan majlis makan secara kecil-kecilan bagi memperkenalkan si isteri kepada saudara mara sebelah pengantin lelaki.


b.      Nikah Tangkap Basah ( atau Aduk-Asah)

Cara pernikahan tangkap basah pada asalnya dikenali sebagai 'Nikah Aduk Basah'. Aduk bermaksud memberitahu, seperti yang terdapat di dalam perbilangan adat, “tangkap tamat, aduk asah kepada tuhak-tuhak”.

Monday 8 August 2011

Alat-Alat Muzik Orang Asli

         



-      
Rebak /Rebab








-       Tempurung disalut dengan kulit ikan buntal
-       Kategori alat kordofon
-       Upacara keramaian masyarakat semelai.

Centong Buluh







-       Kategori alat idiofon
-       Dimainkan oelh kaum wanita dalam upacara sewang
-       Dua buluh yang berlainan saiz
-       Centung diketuk pada satu kayu besar

Biola






-       Alat kordofon
-       Dimainkan oleh kaum melayu asli dan senoi
-       Biola diperbuat daripada pokok nangka

Gong



-       Kategori alat idiofon
-       Dimainkan oleh kaum senoi dan melayu asli



Kayu Tuntung


-       Alat Idiofon
-       Dimain secara menegak


Rebana dan Gendang Semarang


-       Alat membranofon
-       Dimainkan oleh kaum Senoi dan Melayu asli



Tambur / Pemukul


-       Kategori alat membranofon
-       Menggunakan pemukul


Pensol atau Seruling Hidung



-       Kategori alat aerofon
-       Dimainkan oleh kaum senoi
-       Dimain menggunakan hidung dimana si pemain akan menyumbatkan sebelah hidungnya dengan daun ataupun secebis kain,manakala yang lagi sebelahnya digunakan untuk meniup pensol.


Seruling/Penyong/scoi


-       Kategori alat aerofon
-       Dimain dengan menggunakan mulut
-       Dimainkan oleh kaum lelaki sahaja

Adat Dan Budaya Masyarakat Orang Asli

                 

ADAT DAN BUDAYA ORANG ASLI ( SIRI 3 )

KAUM TEMIAR
1. PENGENALAN

Pemilihan penempatan suku Bangsa Temiar di sesuatu tempat ditentukan oleh penghulu. Ini dilakukan dengan cara 'berhalaq(jampi) atau mimipi. Tempat yang hendak didiami jauh dari tanah perkuburan, bebas daripada adanya kayu keras seperti "merbau" dan sebagainya. Mereka juga tidak membuat penempatan di kawasan berpaya(takungan air) kerana ditakuti berpenunggu. Begitu juga kawasan air terjun dan sungai besar juga tidak sesuai kerana ditakuti ada puteri sungai/lata yang akan mengganggu. Mereka membina rumah daripada kayu (selain daripada kayu jenis keras) secara bergotong-royong. Di peringkat awal penempatan, mereka membina rumah panjang. Setelah beberapa lama tinggal di rumah panjang itu, barulah mereka berpindah dengan keluarga masing-masing dan membina rumah sendiri. Mereka menyara keluarga dengan bercucuk tanam, berburu dan mencari tumbuh-tumbuh hutan.


2. SOSIO-BUDAYA

2.1 PERLANTIKAN

Jawatan Penghulu diwarisi mengikut keturunan. Penghulu biasa mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan pemilihannya dibuat melalui mesyuarat Jawatan Kuasa Kerja Kampung(JKKK).


2.2 KUASA PENGHULU

Kuasa Penghulu terikat dengan adat resam dan pantang larang suku kaumnya. Beliau berkuasa mengarahkan anak-anak buahnya untuk bergotong-royong menjalankan aktiviti kampung serta merestui perkahwinan. Beliau juga bermain peranan sebagai hakim, penasihat dan penghubung dengan masyarakat dengan agensi luar. Penghulu juga mempunyai kebolehan sebagai bomoh tradisional(Halaq). Perpecahan kuasa Penghulu boleh berlaku sekiranya ada di antara keluarga yang tidak bersetuju dengan kepimpinannya. Kuasa Penghulu juga akan gugur jika beliau mengasingkan diri dengan berpindah ke pertempatan baru.

Tuesday 2 August 2011

sewang



masyarakat orang asli

Masyarakat Orang Asli
Masyarakat orang asli juga tergolong di dalam kategori kumpulan sasar utama penerima bantuan IRM. Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti penduduk pri bumi di Malaysia.
Masyarakat Orang Asli terdiri daripada beberapa suku kaum yang berbeza-beza.
Akibat dari kepelbagaian suku kaum ini, maka terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup, pertuturan bahasa yang digunakan, kebudayaan dan adat resam.
Rata-rata komuniti orang asli lebih selesa memegang tradisi dan memilih cara hidup yang diamalkan oleh nenek moyang mereka. Disebabkan itu, sebilangan besar masyarakat orang menghadapi kesukaran untuk menerima perubahan dan arus kemodenan.
Meskipun berbagai usaha telah dijalankan bagi meningkatkan taraf hidup golongan ini, kesukaran untuk menerima kemodenan menjadikan mereka hidup di dalam kesempitan tanpa pekerjaan yang tetap. Lokasi tempat tinggal masyarakat ini juga menyukarkan golongan ini untuk menikmati kemudahan infrastruktur seperti kemudahan kesihatan dan pengangkutan awam.
Antara program-program yang dijalankan bagi kumpulan ini adalah program bekalan bantuan makanan asasi, bantuan perubatan dan jumpa program bantuan sempena musim perayaan.

Tuesday 21 June 2011

masyarakat orang asli

1.0 PENGENALAN
Ramai di antara kita yang tidak mengenali kaum orang Asli di Malaysia, jauh sekali mengambil tahu tentang kewujudan mereka serta memahami penggabungan mereka dengan masyarakat Malaysia secara amnya. Justeru itu, bertitik tolak kepada ingin mengenali dengan lebih dekat lagi, maka kami membangunkan blog ini yang diberi nama Portal Permata Orang Asli untuk memudahkan masyarakat mengenali dengan lebih dekat lagi tentang tamadun dan masyarakat orang asli. Selain itu juga, Blog ini di bangunkan adalah sebagai salah satu tugasan kami bagi Subjek UHR1012 Tamadun Islam dan Tamadun Asia (TITAS) Universiti Malaysia Pahang
2.0 OBJEKTIF BLOG PERMATA ORANG ASLI
- Mendedahkan kepada Mahasiswa tentang Tamadun Masyarakat Orang Asli dan sumbangannya kepada Negara kita
- Melahir kesedaran kepada kita bahawa Masyarakat Orang Asli adalah masyarakat yang begitu unik dan kaya dengan keasliannya.
- Melahirkan mahasiswa yang dapat menyumbangkan ilmu kepada masyarakat orang asli di mana masyarakat ini antara masyarakat yang miskin.
- Dengan mengetahui tamadun masyarakat orang asli dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahirm sesama kita.

~ORANG ASLI~


Terdapat kira-kira 140,000 Orang Asli di Malaysia, kebanyakannya bertumpu di Semenanjung Malaysia. Masyarakat Orang Asli merupakan komuniti kecil di Malaysia dan adalah penduduk pri bumi negara ini. Orang Asli merupakan masyarakat yang mempunyai beberapa suku kaum yang berbeza-beza. Secara rasminya masyarakat Orang asli dibahagi kepada tiga kumpulan yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli. Suku Senoi dan Negrito pula diklasifikasikan kepada enam suku kecil. Suku Melayu Asli dipecahkan kepada tujuh suku kecil.

Oleh kerana terdapat pelbagai suku kaum di kalangan masyarakat Orang Asli, maka terdapat banyak perbezaan dari segi cara hidup dan pertuturan bahasa yang digunakan. Kebudayaan dan adat resam mereka juga berbeza-beza dan mempunyai keunikan yang tersendiri. Adat resam berikut akan memperlihatkan adat resam yang diamalkan di kalangan masyarakat Orang Asli secara keseluruhan.

Monday, March 23, 2009


TAMADUN MASYARAKAT ORANG ASLI



SIAPA ORANG ASLI

Takrif Orang Asli:

Dalam Akta Orang Asli 1954 (Akta 134) semakan 1974, mana-mana bapanya ialah ahli daripada kumpulan etnik Orang Asli dan lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli, dan termasuklah seorang keturunan melalui lelaki orang itu;

Mana-mana orang daripada mana-mana kaum yang diambil sebagai anak angkat semasa budak oleh Orang Asli dan yang telah dibesarkan sebagai seorang Ora
ng Asli, lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dah ialah ahli daripada suatu masyarakat Orang Asli atau;

Anak daripada mana-mana penyatuan antara seorang perempuan Orang Asli dengan seorang lelaki daripada suatu kaum lain, dengan syarat bah
awa anak itu lazimnya bercakap bahasa Orang Asli, lazimnya mengikut cara hidup Orang Asli dan adat dan kepercayaan Orang Asli dan masih lagi menjadi ahli daripada masyarakat Orang Asli;

Mana-mana Orang Asli yang tidak lagi berpegang kepada kepercayaan Orang Asli oleh kerana dia telah memeluk mana-mana agama atau oleh kerana apa-apa sebab lain, tetapi dia masih mengikut cara hidup Orang Asli dan adat Orang Asli atau bercakap bahasa Orang Asli tidak boleh disifatkan sebagai tidak lagi menjadi Orang Asli se
mata-mata oleh sebab dia mengamalkan agama itu. FAKTA SEJARAH

Menurut para pengkaji sejarah, kepulauan Melayu telah mula diduduki oleh manusia yang dipanggil Austronesian atau Malayo-Polynesia sekitar 5,000 tahun dahulu. Mereka ini dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan. Penghijrahan mereka ke selatan adalah secara ’sporadic’, ’irregular’ dan ’incremental’. Bermula dari Filipina menganjur ke pulau-pulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah besar Asia, pulau-pulau Pasifik dan Madagascar.

Majoriti Orang Asli di Malaysia (termasuk kaum Bumiputera) yang menghuni kawasan Indo-Malaya sekarang ini adalah keturunan daripada manusia Austranesian awal ini. Hasil daripada Banci Penduduk JHEOA 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaysia ketika ini ialah seramai 149,723 orang. Mereka terbahagi kepada tiga Kaum utama iaitu, Melayu Proto (Proto-Malay), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa



KAUM MELAYU PROTO


Orang Proto-Malay tinggal berjiran dengan Orang Melayu di Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Adat resam dan kebudayaan mereka boleh dikatakan ada persamaan tertentu dengan orang melayu. Kebanyakkan perkampongan mereka kini terletak di dalam kawasan bandar dan pinggir. 6 suku kaum di dalam rumpun bangsa Melayu-Proto ialah Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala dan Orang Seletar.
A. Kuala
Orang Kuala di percayai berasal dari kepulauan Riau-Lingga dan kawasan yang berhampiran dengan pantai Sumatera, Indonesia. Mereka ini kebanyakannya tinggal menetap di kuala-kuala sungai di pesisiran pantai selatan negeri Johor. Kini Orang Kuala tinggal menetap di daerah Batu Pahat dan di daerah Pontian. Terdapat 315 keluarga Orang Kuala di daerah Batu Pahat dari 5 buah kampung yang berjumlah 1309 orang dan 4 buah kampung yang berjumlah 214 keluarga yang berjumlah seramai 1018 orang di daerah Pontian.
B. Kanaq
Orang Kanaq terdapat di kawasan pinggir di kampung Selangi, Mawai daerah Kota Tinggi Johor merupakan suku kaum yang terkecil bilangannya iaitu 17 keluarga seramai 65 orang. Semenjak kerajaan memberi penumpuan untuk memberi kesejaheraan kepada rakyat kini Orang Kanaq tinggal menetap di kampung Selangi.
C. Seletar
Orang Seletar atau "Sea Gypsies" merupakan kumpulan pengembara persisiran pantai dan laut yang tinggal dalam perahu, di pulau, persisiran pantai, dan kuala sungai. Kawasan utama petempatan mereka ialah di persisiran pantai Selatan Johor dan utara Singapura.
Secara tradisinya, mereka bergantung kepada hasil laut. Keadaan ini menyebabkan mereka hidup berpindah-randah. Walau bagaimanapun perubahan dalam sosio-ekonomi telah merubah cara hidup mereka. Kini mereka tinggal menetap di kawasan petempatan yang lebih teratur dan tersusun di Persisiran Pantai Selat Johor. Mereka juga menangkap ikan menggunakan peralatan moden. Ada di antara mereka yang bekerja di kilang perindustrian.Mereka mengamalkan animisme dan ada di antara mereka yang telah menganut Agama Islam.
D. Jakun
Bangsa Jakun (Orang Ulu), daripada suku kaum Melayu Asli (Melayu Proto) yang tinggal di selatan Semenanjung, berasal dari Yunan (Selatan Cina). Mereka masih mengamalkan animisme. Kehidupan mereka dipengaruhi oleh alam sekitar seperti gunung, bukit, lembah, sungai, batu, gua dan sebagainya. Mereka percaya kampung mereka akan dilanda bencana sekiranya ada di antara mereka yang melanggar pantang larang.
E. Semelai
'Semelai' adalah salah satu Suku Kaum Orang Asli dari suku bangsa Melayu Asli (Proto Malay). Taburan petempatan Orang Asli Semelai terdapat di Pahang Tengah seperti di Tasik Bera, Sg. Bera, Sungai Teriang, Paya Besar dan Paya Badak serta di sempadan Pahang menghala ke Negeri Sembilan seperti di Sg. Serting, Sg. Lui dan Ulu Muar. Dari segi rupa dan bentuk fizikal Orang Asli tidak banyak bezanya dengan Orang Melayu.
F. Temuan
Orang Asli Temuan adalah dari kumpulan Melayu Asli (Proto Malay). Mereka tinggal di Selangor, Melaka, Pahang, Daerah Muar, Johor dan Negeri Sembilan. Suku Bangsa Temuan di Negeri Sembilan mengamalkan Adat Pepatih dan tidak banyak bezanya daripada adat Suku Bangsa Temuan di negeri lain.

masyarakat orang asli

masyarakat orang asli amnya kaum semelai